Dalam dunia internet kita sangat mudah terdedah kepada serangan virus ataupun malware yang boleh menganggu performance sesebuah komputer. Bagaimana caranya untuk kita mengetahui sesuatu file itu virus atau malware?
Apabila anda terlihat sesuatu file yang agak mencurigakan dalam PC anda jangan terus klik pada file tersebut kerana apa yang patut anda lakukan ialah melakukan proses scan secara online menggunakan virusjotti ataupun virustotal untuk memeriksa apakah file tersebut benar-benar virus dan membahayakan ataupun ianya hanya file biasa yang tidak memberikan sebarang mudarat kepada PC anda.
Virusjotti & Virustotal bertindak melakukan proses scan secara online menggunakan perkhidmatan lebih daripada 20 antivirus bagi memastikan adakah file yang diupload itu betul-betul virus mahupun tidak. Dengan bantuan virusjotti & virustotal anda boleh mengetahui status file yang anda curigai tersebut kemudian mengambil tindakan yang sepatutnya.
Berikut sedikit langkah untuk menggunakan virustotal :
1. Pergi ke =>Virustotal
2. Browse file yang anda curigai
3. Send File
4. Perhatikan result yang keluar.
Sekiranya file tersebut adalah file virus maka resultnya akan berwarna merah dan sekiranya tidak resultnya adalah seperti di atas.




0 Komen:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Walau Sepatah Kata
1. Komen apa sahaja mengenai blog ini
2. Gunakan tajwid Bahasa Melayu yang betul bukan bahasa SMS