Sekiranya kita soroti sistem pendidikan yang wujud di universiti-universti dalam Negara Malaysia yang kita cintai ini kita akan dapati bahawa sistem pendidkan yang di amalkan adalah berbentuk dualisme.
Dualisme yang dimaksudkan ialah satu sistem yang tidak memasukkan ilmu berkaitan Agama dalam kurikulum pelajar yang bukan jurusan Agama. Oleh itu, wujud dua sistem pendidikan di universiti di mana golongan yang mengambil jurusan Agama hanya mendalami bidang Agama semata-mata dan golongan yang mengambil jurusan selain bidang Agama akan mendalami ilmu berkaitan bidangnnya sahaja.
Apapun jurusan yang kita dalami dan pelajari samada teknikal, sastera, architecture, dan sebagainya, tanggungjawab mendalami ilmu Agama adalah wajib dan adalah berdosa ke atas kita sekiranya kita tidak berusaha mendalami ilmu Agama. Walaupun kita sudah diprogramkan untuk mengikuti silibus pendidikan yang tidak mengandungi kurikulum Agama di dalamnya kita masih boleh berusaha mempelajari ilmu Agama dengan menghadirkan diri ke kuliah-kuliah Agama seperti di masjid-masjid dan dalam program-program berbentuk keagamaan dan sebagainya.
Penjajah telah berjaya menjahilkan kita tentang Agama apabila mengasaskan sistem pendidikan berbentuk dualisme ini. Akibatnya ramai yang tidak mengambil berat urusan Agama. Manusia yang jahil tentang Agama akan bertindak menentang kebenaran yang dibawa oleh Agama. Marilah memprogramkan diri untuk menambah ilmu Agama dan janganlah biarkan diri diprogramkan oleh sistem yang ada. Tepuk Dada tanya iman anda mampu merubahnya.



0 Komen:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Walau Sepatah Kata
1. Komen apa sahaja mengenai blog ini
2. Gunakan tajwid Bahasa Melayu yang betul bukan bahasa SMS