Sihat Dengan Mengamalkan Sunnah

www.flickr.com

Oct 4, 2009

Mampukah Menjadi Tetamu Allah Di Akhirat Seandainya...


Kehidupan dunai adalah kehidupan yang sementara dan dalam kesempatan hidup di dunia ini kita sebenarnya berpeluang menjadi tetamu Allah dengan menghadirkan diri di rumah Allah untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.

http://sarahtidaksendiri.files.wordpress.com/2009/01/normal_masjid_raya_makassar.jpgDengan menghadirkan diri ke masjid-masjid untuk menunaikan solat 5 waktu kita telahpun meletakkan diri kita untuk menjadi tetamu Allah semasa hidup di dunia ini lagi. Pernahkan kita terfikir sekiranya semasa hidup di dunia ini kita enggan untuk menjadi tetamu Allah adakah kita akan terpilih untuk menjadi tetamu Allah di akhirat nanti? Biasakanlah diri menjadi tetamu Allah semasa hidup di dunia ini dengan menghadirkan diri ke masjid mudah-mudahan dengan membiasakan diri untuk menjadi tetamu Allah di dunia kita akan terpilih untuk menjadi tetamu Allah di akhirat. Orang yang semasa hidup di atas dunia ini tidak mahu menjadi tetamu Allah mungkin tidak akan berpeluang untuk menjadi tetamu Allah di hari akhirat nanti. Bagaimana Allah akan memilih kita untuk menjadi tetamuNya di akhirat jika sekiranya sewaktu hidup di dunia ini kita langsung tidak mahu berusaha untuk menjadi tetamuNya dengan menghadirkan diri ke rumahNya?

Meneruskan Agenda Ramadan

Kita baru sahaja selesai ditarbiyah dalam bulan "training center" iaitu bulan Ramadan yang melatih kita untuk mengimarahkan masjid-masjid maka seharusnya kita sudah cukup terlatih untuk menunaikan setiap solat 5 waktu secara berjemaah di masjid kerana solat secara berjemaah itulah yang menjadi amalan Nabi s.a.w tanpa pernah sekalipun Nabi menunaikannya secara bersendirian. Allah S.W.T tidak menciptakan bulan syawal dan bulan-bulan yang lain untuk kita kembali malas menunaikan solat secara berjemaah akan tetapi ramai dalam kalangan kita menjadi malas ke masjid apabila berlalunya bulan Ramadan. Kepada mereka yang dihinggapi rasa malas untuk ke masjid setelah selesainya bulan Ramadan adakah mereka beranggapan bahawa hanya pada bulan Ramadan sahaja Allah ingin melihat hambanya mengimarahkan masjid? sungguh buruk apa yang mereka sangkakan kerana Allah S.W.T sangat menginginkan hambaNya mengimarahkan masjid pada setiap masa sehingga Allah menyifatkan dalam al-Quran hanya mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat shajalah yang akan mengimarahkan masjid-masjidnya. Ini menunjukkan kepada kita bahwa sekiranya kita tidak mengimarahkan masjid seolah-olah kita tidak mempunyai iman dan tahap iman kita itu boleh dipertikai.

Jadilah Tetamu Allah Di Dunia Mudah-Mudahan Kita Menjadi Tetamu Allah Di Akhirat

Setiap benda yang hidup pasti mati termasuk juga manusia yang merupakan makhluk yang bakal mati untuk menerima perhitungan amal. Sebelum amal kita dihitung dihadapan Allah maka marilah sama-sama kita melazimkan diri menjadi tetamu Allah semasa hidup di dunia ini mudah-mudahan dengan menjadi tetamu Allah di dunia ini kita akan terpilih untuk menjadi tetamu Allah di hari akhirat nanti suatu hari yang tidak berguna harta benda dan anak-pinak . Oleh itu renungkanlah kata-kata ini "Mampukah Menjadi Tetamu Allah Di Akhirat Seandainya Tidak Mahu Menjadi Tetamu Allah Di Dunia??"


© GEEKSPRO.COM (2009)Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Geekspro .Com dihasilkan untuk tujuan perkongsian dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Geekspro .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan."Tinggalkanlah Komen Anda Walau Sepatah Kata"

2 Komen:

Quuratuaini said...

kadang-kadang kita lebih sudi dan beria-ia memenuhi undangan rumah terbuka jemputan manusia daripada memenuhi undangan pencipta untuk menziarahi rumahNya..kadang pelik bila kita malu jika tidak hadir kenduri setelah diundang berkali-kali tetapi kadangkala ada yang masih tidak pernah malu sedikit pun walaupun tidak pernah memenuhi undangan 5x sehari yang bukan dengan sebait kata namun siap dengan ganjaran yang bakal diperolehi ketika menziarahi rumahNya..

Geekspro on November 2, 2009 9:24 PM said...

Betul Tu..Kita Patutnya lebih malu kepada Allah apabila mengabaikan ajakannya...

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Walau Sepatah Kata

1. Komen apa sahaja mengenai blog ini
2. Gunakan tajwid Bahasa Melayu yang betul bukan bahasa SMS

BANTAHAN

BANTAHAN

Labels

Audio (1) Blog (1) Info (3) Software (4) Tazkirah (4) Tricks (1) Tutorial (7) Video (1)
 

Copyright 2009 All Rights Reserved | Geekspro Blogger Template by Azkia Production | Original Wordpress theme byBrian Gardner